Wednesday, August 6, 2014

PERBEZAAN EPO & GLA??


~Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Kengkonon sibuk, tak sempat update blog hihihi.. Ni nak serita juga pasal Promosi GLA Complex Shaklee bulan August 2014 ni ;) Oleh kearana, tak ada sangat masanya (konon bz), saya petik & share cerita dari PM Cery, leader hebat group Shaklee besar saya. Ntah dia kenal idak dgn saya, pangkat cicit~miut~.. dah rasanya.. Tapi saya sentiasa mengagumi semua leader hebat kami ni, tak henti memberi & berkongsi. Tu lagi sebab saya teruskan usaha sikit demi sikit untuk berimpian dengan Shaklee saya ni ;) Ok apa cerita GLA Complex??

EPO GLA
GLA COMPLEX

Soalan lazim: Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee takde jual EPO?

Jawapan simple: EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO. Tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua2nya. BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Soalan yang patut Anda tanya adalah: Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Anda buat keputusan sendiri!! Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.

Lagi soalan HOT: Kenapa produk Shaklee disebut GLA COMPLEX? Kenapa tak disebut minyak borage je? 
Kerana kandungannya memang COMPLEX. Bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.

Soalan saya: Sekarang Anda boleh jawab tak samaada nak EPO atau GLA Complex??
Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak!! Jangan pening2. Saya dan rakan2 saya yang cantik2 dan jelita semuanya memilih GLA Complex ;)

Notakaki: Ingat yer, GLA Complex bukan sahaja untuk wanita. Ia juga penting untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa lelaki dan wanita.
-----
Terima Kasih Khas buat PM Cery ;)

Saya akan cerita lagi tentang bestnya GLA Complex ni di entri akan datang ya ;) Saya pun secara tak sengaja sebenarnya ambik GLA Complex ni. Sekarang dah jatuh cinta plaks dgn GLA Complex ni mengenang kegojesan hasilnya ;)

Untuk tempahan & keterangan lanjut GLA Complex Shaklee,
Sila SMS/Whatsapp 013-3439862 ATAU PM FB @ http://on.fb.me/1bPCdqs
Saya sedia membantu Anda.
LIKE FB Fan Page :  https://www.facebook.com/DNutrisi4UPageByMamaLis
|Lis Salim @ Roslinda Salim : S-ID 1004973|


Saturday, August 2, 2014

♡ Syawal 2014.. Alhamdulillah..

~Alhamdulillah.. Suka sangat Syawal 2014..

Walaupun sambutan Syawal tahun ni takda lar semeriah mana, tetap bersyukur kerana dapat juga balik ke Kedah beraya. Sehari sebelum Raya kami sampai Kedah, sempatlar juga bersahur kat Tokai (rumah mak mertua) walhal dah pun bersahur jam 1pagi sebelum sampai Ipoh. Takutkan tak sempat bersahur. Kira adil, rumah padang (Tokai) dapat bersahur, rumah taman (Simpang 4) rumah saya berbuka untuk Ramadhan terakhir tahun ni ;) Nama pun suami~isteri duk satu daerah, lain2 kampung jer kenalar gilir2 gitu.. Apapun Alhamdulillah atas nikmat yg diberinya.


1 Syawal - Seronok beraya, makan serunding mak Nah. Kuih muih macam biasa last2 nak balik baru teringin. Kuih rempeyek jer jadi feveret, satu balang dihabiskan ;) Aktiviti pagi Syawal bergambar ler.. Ok meh layan gambar japs..






Lepas ziarah Tok-Wan di Jerlun,Pak Njang, Mak Lang sekeluarga, baru gerak ke Tokai. Anak2 suka sebab di Tokai ramai kawan2, boleh main macam2, boleh dapat duit Raya katanya.. yelar umah Opah-Awan takda sapa nak kawan, kawan depa berdua ja takdak sepupu sepapat lagi.. Memang meriah di Tokai, masa ni dapat kenal yg jauh-dekat ;) Tu pun tak sempat jumpa semua..




2 Syawal - Lepas makan tengahari di Tokai, balik Taman pulak.. hihihi duk dekat lar katakan.. sat balik umah mak ni, sat balik umah mak nun :) Arinih tambah kolestrol lagi, kita makan lontong (menu Syida-Naim) & Nasi minyak ayam merah, gulai dagin.. Mujur ada Alfalfa+Omega boleh detoks terus, perangkap lemak skali.. Time Raya ni jalar boleh atoq menu dgn Mak Nah.. nama jar nak makan apa?? Mak Nah mesti tunaikan, tak pernah menghampakan.. Syang Mak Nah sebab masak sedap2 untuk kami anak branak!! Sayang Abah sebab dia lar yg pg cari semua bahan2 nak masak tu!! Pak Jang sekeluarga &Tok(tapi posa) sempat mai makan lontong ;)

3 Syawal - Ok, arinih menu I plak yg pilih, LAKSA!! hohoho Laksa Mak Nah sampai abag ipaq kata, boleh bukak kedai ni kat Shah Alam.. InSyaAllah kalau ada rezeki, teringin gaks sebnaqnya.. Sempat Mak Manis, Abg Shoeb, Kak Ida, Chik & Family mai makan laksa. Sampai ke malam tetamu mai datang makan Laksa..





4 Syawal - Kira habih menu dah, arinih mintak Mak Nah masak nasi jar, tapi lauk gulai ikan nyok nyok & sambail udang petai. Kerabu togeh tak jadi, jadi togeh goreng jar.. Alhamdulillah.. bertambah2 makan, habisler diet teman.. wuahahaha.. Takpa, nanti balik Shah Alam kita sambung balik diet naa..


Ok, meh bergambaq last2 nak balik Shah Alam dah nih.. Tahun ni balik awai, takut jeng.. hohoho


Pasaipa tak risau makan banyak? Pasaipa rilek2 ja? Pasaipa maintain senyum, bertenaga?
Pasai bawak balik Shaklee lar.. Bawak bekal Shaklee, kalah bekal kuih Raya.. Tapi puas hati tak sakit kepala lama2 sebab ada B-Complex, tak lenguh2 badan sebab ada Ostematrix, maintain happy sebab dapat cuti lama bergembira sebelum serabut kerja balik kan, dengan adanya GLA Complex, SR Vita C Plus.. Tular guna Shaklee saya. Kalau Anda nak maintain kesihatan untuk Raya Haji nanti plaks, mehlar roger2 saya bg tips nya tau ;) Raya setahun sekali, mesti lar nak senyum sampai ke gigi, happy jer takmau sakit2 hati..

~Selamat Hari Raya :: Maaf Zahir & Batin~
       Lis Salim @ Roslinda Salim
               S-Id 1004973