Showing posts with label ibu preggy. Show all posts
Showing posts with label ibu preggy. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

~Bulan Baru Oktober : Promosi Baru ESP!!

~Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Moga kita sentiasa dibawah lindunganNya.. Syukur alhamdulillah kita masih bernyawa, berusaha menambahbaik perintah & suruhanNya. Maaf, dah lama tak bersiaran, mula dgn charger laptop yg tak blh berfungsi sehinggalah laptop terus tak boleh nak on, password setting tak boleh load katanya. Takpa lar, hidup perlu diteruskan waima minyak naik 20sen pun.. oppss no komen.. Kita yg makan gaji, yg baru berjinak nak biznes ni kenalar lipat gandakan usaha hatta nak hidup makan hari2 kan.. Kita cari penyelesaian. Berfikir positif, kreatif dgn apa yg mampu kita buat ;) Marah lama2 pun tak guna, kita yg berkedut sini sana...

Panjang pulak mukadimahnya ya.. owh ya ni entri ni taip guna hp, cuba jaya. Orang kata, nak seribu daya. Kalau ada yg taipo error ke apa minta pandai2 baca ya ;) Ok, berbalik promosi Oktober 2014. Promosi BELI 6 PERCUMA 1 ESP!! Dan lagi best, PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1 MEAL SHAKES juga masih berlangsung. Semua panik ingatkan promosi Meal Shakes sampai September hihi sempat lar jugak rembat Meal Shakes Nifail Syahmi, stok dah habis. Asal tak Meal Shakes jer hengusz meleleh 24jam.. demam.. Sementara promosi grab lah satu. Korbankan shampoo Mama japs.. Ingat nak amik shampoo Shaklee tu. Ok takpa, nnt tgk bonus plaks. Haisshh tadi nak crita ESP!!

Ok, jom tengok kelebihan dan kebaikan ESP ni ya...

ESP Shaklee
Siapa yg perlukan Shaklee??

Kelebihan ESP
Kelebihan ESP
ESP

Keistimewaan ESP
Keistimewaan ESP

Kombo ESP
Kombo ESP
Banyak lagi ni sebenarnya Set dengan ESP yg Anda boleh cuba. Ok, nanti kita cerita lagi bila laptop dah ok ya ;)

Untuk tempahan & keterangan lanjut mengenai ESP dan setnya serta peluang biznes dengan Shaklee,
Sila SMS/Whatsapp : 013-3439862 ATAU PM FB @ http://on.fb.me/1bPCdqs
Email : roslinda.lis.salim@gmail.com
LIKE FB Fan Page: https://www.facebook.com/DNutrisi4UPageByMamaLis
|Lis Salim @ Roslinda Salim :: S-ID 1004973|

Thursday, September 4, 2014

PRODUK SHAKLEE :: MEAL SHAKES DAN KELEBIHANNYA!

~Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. 

♡ To Share.. Ok, entri kali ni nak share tentang Meal Shakes Shaklee ;)
 
Meal Shakes
Kenapa perlu Meal Shakes??


Ingat lagi cerita lepas, Meal Shakes ni suplemen pertama saya bagi untuk permata kesayangan saya?? Ya, Meal Shakes cinta pertama permata hati saya.. hihi baca betul2.. Sebenar2nya nak bagi Meal Shakes ni ke Nu'man Zahin(NZ), rekomen dari Kak Anim (Ibu Shaklee saya). Kenapa?? NZ ni ada asma, ezema juga. Tiap kali datang office mama singgah jumpa Kak Anim. Nak ikhtiar hilangkan asma, ezema dia mulanya. Tapi tak berjaya misi Meal Shakes saya dengan NZ sebab dia tak suka vanilla. Meal Shakes ni ada satu perisa jer huhuhu Vanilla iya hanya Vanilla. Puas cuba macam2 cara, buh dalam Milo, buh dalam susu dutch lady, buat ais krim Malaysia lar.. Dia mesti tahu & kenal bau Vanilla Meal Shakes tu. Sampaikan dia taknak dah saya buat air untuk dia sebab takut saya buh Meal Shakes tu. Puas juga pujuk macam2 cara tak jalan juga. Saya pasrah juga akhirnya! Bukan rezeki NZ Meal Shakes tu ;( 

Meal Shakes
Nifail Syahmi bergendang sambil berzikir dgn tong Meal Shakes tu
Sudahnya takkan nak buang jer kan Meal Shakes tu kan?? Nifail Syahmi (NS) kan ada ;) Dia lar mangsa saya seterusnya hahaha Alhamdulillah, NS ok jer minum, saya campurkan dgn susu dia. 1sudu kecil sehari tambahkan dalam bancuhan susu yg dia minum hari2 tu. Alhamdulillah hari ke hari, bulan ke bulan tengok dia sihat, berisi dari kebiasaanya dia tu buat saya lebih suka dgn Meal Shakes ni. Bukan tu jer, untuk ibu2 yg ada anak2 cerewet makannya mcam NS ni, baik berikan Meal Shakes. 'Makanan Segera' lengkap nutrisi lagi supaya anak2 kekal aktif, cergas & cerdas juga. Daripada belikan kropok dgn pelbagai pewarna, takda apa2 zat tu, baik kita kumpul duit untuk yg lebih baik-Meal Shakes.  Nak lagi bagus? Ambil Omega Guard untuk permata hati Anda. haa yg ni NZ boleh ambil tanpa sebarang masalah ;) So, still boleh selamatkan asma dia dgn Omega Guard. Alhamdulillah..(nanti entri lain kita cerita pasal Omega Guard)
Meal Shakes
Sumber :: Buku Nutrisi Shaklee

Meal Shakes
Kombinasi terbaik Meal Shakes~Omega Guard

Antara lain yg saya perasan sejak NS ambil Meal Shakes bila kena demam, selsema ke takda lar lama2 sangat macam sebelum ni. Alhamdulillah.. Ya kita ikhtiar, Dia penyembuh segala penyakit & pemberi kesihatan. Satu lagi bab2 'membuang' ni. Kesian kalau tiba2 anak kena 'sembelit' kan? Susahnya dia nak 'membuang', menjerit sakit, silap haribulan kita plaks yg menangis sebab tak boleh nak tolong dia 'membuang'. Meal Shakes membantu pelawasan anak2 kalau ada masalah 'sembelit' ni. Anda boleh ikhtiar juga dgn memakan pisang, sayur yg tinggi serat. Tapi kalau anak2 tak suka, apa ikhtiar Anda?? herm.. Tunggular 2-3 hari baru membuang ya? Jangan ambil mudah ya, masalah 'sembelit' ni boleh jadi penyebab komplikasi lain pada kesihatan anak Anda.

Ok, lepas dah baca entri ni terpulang pada Anda untuk tentukan sendiri apa yg TERBAIK, SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN buat PERMATA HATI Anda. Google sendiri, baca sendiri kalau Anda rasa entri saya masih kurang infonya. Ini apa yg saya dan anak2 saya alami sendiri. Saya hanya berkongsi dgn Anda cerita kami, terpulang keputusan di tangan Anda, duit Anda juga untuk kesihatan anak2 Anda ;)

Meal Shakes
Nutrisi Meal Shakes

Meal Shakes
Cuba tengok & baca :: Makanan segera untuk para atlet??

p/s: Ibu preggy pun boleh ambil Meal Shakes gantikan ESP; beri tenaga, elak sembelit.. Yg nak tambahkan berat badan pun kita cadangkan ambil Meal Shakes, kut boleh jadi macam atlet ke? ;) Ok, jom Meal Shakes!!