Showing posts with label tambah berat badan. Show all posts
Showing posts with label tambah berat badan. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

PRODUK SHAKLEE :: MEAL SHAKES DAN KELEBIHANNYA!

~Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. 

♡ To Share.. Ok, entri kali ni nak share tentang Meal Shakes Shaklee ;)
 
Meal Shakes
Kenapa perlu Meal Shakes??


Ingat lagi cerita lepas, Meal Shakes ni suplemen pertama saya bagi untuk permata kesayangan saya?? Ya, Meal Shakes cinta pertama permata hati saya.. hihi baca betul2.. Sebenar2nya nak bagi Meal Shakes ni ke Nu'man Zahin(NZ), rekomen dari Kak Anim (Ibu Shaklee saya). Kenapa?? NZ ni ada asma, ezema juga. Tiap kali datang office mama singgah jumpa Kak Anim. Nak ikhtiar hilangkan asma, ezema dia mulanya. Tapi tak berjaya misi Meal Shakes saya dengan NZ sebab dia tak suka vanilla. Meal Shakes ni ada satu perisa jer huhuhu Vanilla iya hanya Vanilla. Puas cuba macam2 cara, buh dalam Milo, buh dalam susu dutch lady, buat ais krim Malaysia lar.. Dia mesti tahu & kenal bau Vanilla Meal Shakes tu. Sampaikan dia taknak dah saya buat air untuk dia sebab takut saya buh Meal Shakes tu. Puas juga pujuk macam2 cara tak jalan juga. Saya pasrah juga akhirnya! Bukan rezeki NZ Meal Shakes tu ;( 

Meal Shakes
Nifail Syahmi bergendang sambil berzikir dgn tong Meal Shakes tu
Sudahnya takkan nak buang jer kan Meal Shakes tu kan?? Nifail Syahmi (NS) kan ada ;) Dia lar mangsa saya seterusnya hahaha Alhamdulillah, NS ok jer minum, saya campurkan dgn susu dia. 1sudu kecil sehari tambahkan dalam bancuhan susu yg dia minum hari2 tu. Alhamdulillah hari ke hari, bulan ke bulan tengok dia sihat, berisi dari kebiasaanya dia tu buat saya lebih suka dgn Meal Shakes ni. Bukan tu jer, untuk ibu2 yg ada anak2 cerewet makannya mcam NS ni, baik berikan Meal Shakes. 'Makanan Segera' lengkap nutrisi lagi supaya anak2 kekal aktif, cergas & cerdas juga. Daripada belikan kropok dgn pelbagai pewarna, takda apa2 zat tu, baik kita kumpul duit untuk yg lebih baik-Meal Shakes.  Nak lagi bagus? Ambil Omega Guard untuk permata hati Anda. haa yg ni NZ boleh ambil tanpa sebarang masalah ;) So, still boleh selamatkan asma dia dgn Omega Guard. Alhamdulillah..(nanti entri lain kita cerita pasal Omega Guard)
Meal Shakes
Sumber :: Buku Nutrisi Shaklee

Meal Shakes
Kombinasi terbaik Meal Shakes~Omega Guard

Antara lain yg saya perasan sejak NS ambil Meal Shakes bila kena demam, selsema ke takda lar lama2 sangat macam sebelum ni. Alhamdulillah.. Ya kita ikhtiar, Dia penyembuh segala penyakit & pemberi kesihatan. Satu lagi bab2 'membuang' ni. Kesian kalau tiba2 anak kena 'sembelit' kan? Susahnya dia nak 'membuang', menjerit sakit, silap haribulan kita plaks yg menangis sebab tak boleh nak tolong dia 'membuang'. Meal Shakes membantu pelawasan anak2 kalau ada masalah 'sembelit' ni. Anda boleh ikhtiar juga dgn memakan pisang, sayur yg tinggi serat. Tapi kalau anak2 tak suka, apa ikhtiar Anda?? herm.. Tunggular 2-3 hari baru membuang ya? Jangan ambil mudah ya, masalah 'sembelit' ni boleh jadi penyebab komplikasi lain pada kesihatan anak Anda.

Ok, lepas dah baca entri ni terpulang pada Anda untuk tentukan sendiri apa yg TERBAIK, SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN buat PERMATA HATI Anda. Google sendiri, baca sendiri kalau Anda rasa entri saya masih kurang infonya. Ini apa yg saya dan anak2 saya alami sendiri. Saya hanya berkongsi dgn Anda cerita kami, terpulang keputusan di tangan Anda, duit Anda juga untuk kesihatan anak2 Anda ;)

Meal Shakes
Nutrisi Meal Shakes

Meal Shakes
Cuba tengok & baca :: Makanan segera untuk para atlet??

p/s: Ibu preggy pun boleh ambil Meal Shakes gantikan ESP; beri tenaga, elak sembelit.. Yg nak tambahkan berat badan pun kita cadangkan ambil Meal Shakes, kut boleh jadi macam atlet ke? ;) Ok, jom Meal Shakes!!