Sunday, August 31, 2014

PROMOSI SHAKLEE BERGANDA SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ;)

Dah September kita rupanya ;) Moga September memberi rezeki berganda, melimpah ruah dariNya.. Amin.. Teruja juga dengan promosi Shaklee kali ni, promosi berganda!! Sepanjang jadi SID tak pernah lagi dapat promo berganda. InSyaAllah rezeki berganda hendakNya..

Jelas dan nyatakan?? 
   **Beli 3 Meal Shakes Percuma 1 dan 
   **Beli 6 Collagen Powder Percuma 1 + Percuma 2 Keahlian Shaklee Seumur Hidup + Cash Bonus Bulan depan.. 

Berbaloi, Jimat hanya di bulan SEPTEMBER 2014. Saya kongsikan kelebihan2 dua produk Shaklee di entri akan datang. Kalau tanya saya, dua2 produk ni memang best. Kombo kelebihan beganda2 bulan ni untuk sekeluarga, Alhamdulillah..

Collagen Powder

 Collagen Powder 
Antara Kelebihan Collagen Powder
Meal Shakes

Meal Shakes
 Antara Keperluan Meal Shakes

InSyaAllah, saya akan kongsikan kelebihan2 Collagen Powder & Meal Shakes di entri akan datang. Meal Shakes, suplemen pertama untuk permata kesayangan saya ;) Hanya yang TERBAIK, SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN untuk kita sekeluarga. InSyaAllah..

Untuk tempahan & keterangan lanjut produk Shaklee,
Sila SMS/Whatsapp 013-3439862 ATAU PM FB @ http://on.fb.me/1bPCdqs
LIKE FB Fan Page: https://www.facebook.com/DNutrisi4UPageByMamaLis
|Lis Salim @ Roslinda Salim :: S-ID 1004973|

Saturday, August 9, 2014

SOALANNYA :: TIPS KEKAL SIHAT & CUN KETIKA BERAYA??


~Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. 

♡ To Share.. Dah 9hb, August~Syawal 13.. Nah blanja kalendar satu ;)
CALENDAR 2014
AUGUST 2014 ~ HAPPY MOMENT;)

Masih mood beraya agaknya kawan2 kan.. Al-maklumlar, Seronok sangat Syawal sebulan, berayapun sebulan lar juga kan.. ;) Semoga seronok beraya di rumah2 terbuka ya, jangan lupa bawak bekalan Alfalfa-Lecithin atau Herb Lax-Omega Guard dalam handbag tu yer ;) Yg takda rancangan ke rumah terbuka boleh layan tv ajer, hari2 rancangan disajikan.. Ambil yg baik jadi teladan, yg tak baik, baik tutup jer tv tu ya ;) 

Untuk yg dah mula berdiet semula, go go chayo'. Jangan putus asa, saya pun bersama Anda. Usaha sikit, berterusan mesti menampakkan hasil. Yang penting kita mula. Selain itu, mencari alternatif selain bersenam & mengamalkan pemakanan sihat juga boleh diamalkan. Pastikan Anda mendapatkan konsultasi, dan pastikan vitamin/suplemen yg Anda ambil adalah SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN untuk Anda (Mesti lar Shaklee ;) ). Cara pemakanan juga penting. Perlu baca, amal & jadikan ia ruti sebelum menampakkan kesannya ;) Kadar penurunan berat bergantung kepada individu itu sendiri. Itu sebab disiplin & usaha itu penting. Bukan buat hari ni, esok dah 10kg turun ya. InSyaAllah kita 'workout' bersama ya.


SET KURUS SHAKLEE
SET KURUS~ANGGUN~MENAWAN

Sebagai menjawab persoalan di atas, saya sharekan beberapa tips untuk Anda masih boleh beraya & makan dengan tenang ;) Jamu gambar dulu yer.. Ni semua makanan beraya di Kedah, di kampung halaman aritu.. huhuhu dah mula rindu... (kecuali meehoon sup, masak sendiri di Shah Alam sebab rindu, malas punya pasal..)


TIPS KEKAL SIHAT BERAYA
SYAWAL 2014

1. Sarapan, jangan pergi rumah terbuka degan perut kosong.
Bila perut dah ada isi walau sedikit, kita makan ala kadar jer di rumah terbuka. Kalau perut kosong, kita mesti nak makan bg kenyangkan? Bila perut terlalu lapar, kita akan bertindak makan sehingga kenyang, walau hanya dengan satu menu. Tu yg rugi tu, kenyang sangat makan dan tak boleh nak merasa makanan lain ;)

2. Cari menu yg Anda belum pernah rasa. 
Baru nikmat. Jamah atau rasa dalam portion yg sedikit sahaja. Kalau memang ada niat nak rasa semua makanan yg tersedia tu, ambil satu/sebiji/ sikit jer dari setiap jenis/menu.. ngahaha Saya selalu buat macam ni. Ambik jer dulu rasa, nanti yg sedap baru pg tambah semula hahaha kalau diet, takleh tambah byk2 tau ;) Kalau boleh elak, jangan ler ambil yg berminyak banyak, nak elak karbo pun boleh juga.. 'Behave yourself' ya ;)

3. Bawak air mineral/ air kosong dari rumah
Apa nak malu ;) Amalkan ambil air kosong dari minuman manis. Itu lah tips paling penting untuk orang berdiet. Senang nak lawas beb lepas makan. Kalau ambil suplemen, kita memang minta ambil air kosong lebih. Kalau tak minum air manis/ air bergas lagi bagus. Tahniah untuk Anda kalau dah mula sukakan air kosong. Amalkan ;) Mak mertua saya, pergi makan lar mana2 rumah pun, mesti dia minta air masak. hihihi Mak saya pula, siap stand by dalam kereta air masak, bekalan kalau haus. Nak minta rumah orang, takut malu atau nyusahkan tuan rumah katanya. hermm betul juga, sayapun belajar bawak air kosong baik dalam kereta, dalam beg pg kelas. hohoho walaupun berat kugagahkan juga. Sambil2 tu, boleh ajarkan juga anak2 minum air masak. Air mineral sekarangpun dah mahalkan?? Takpa, yg penting kita mula minum air kosong. BEBAS KALORI & BEBAS PEWARNA, SEDAPPPP!!

3. Parking kereta jauh2 sikit ;)
Kenapa plaks?? hihihi Disamping dapat senaman kaki, dapat elak jam, dapat eratkan silaturrahim. Dah malas nak senaman, kita ambil kesempatan cer berjalan sikit nak sampai ke rumah orang tu. Gunakan tangga kalau rumah bertingkat-tingkat. Nak turun tangga jerpun takpa. Janji bakar ler sikit kalori yg kita dah makan tadi tu. Kalau Anda antara yg terawal dtg rumah, mesti nanti susah nak kluarkan kereta kan sebab semua yg datang lambat tu akan menghalang kereta Anda juga.Tu sebab suh parking jejauh. Kalau kat kampung, boleh beramah mesra dgn sesiapa jer yg kita jumpa tu. Kalau S-Id nak bg flyers, time gini ler.. hihihi bagi flyers bukan kena bayara kan. Ok, selamat parking jauh!

4. Beramah mesra dengan orang lain
Ni senaman juga ni tau. Cuba bayang 28kcal dibakar untuk setiap 15min Anda melayan kawan2 dan beramah mesra. Dengan syarat, jangan ler duduk setempat 15min tu hohoho
Duduk, bangun, berjalan, gelak, tolong bubuh makanan, dokong anak kawan2. Kalau yg dah ada anak2, pg jengah anak tu keluar-masuk main ntah ke mana agaknya.. haaa tu semua senaman tanpa sedar tu kan..Selamat beramah mesra ;)

Tips santai2 jer.. InSyaAllah tak banyak sikit membantu Anda ;) 
Jom share juga tips Anda boleh?? 
Klau nak tips dengan suplemen Shaklee boleh sms/whatsapp 013-343 9862 ATAU pm FB @http://on.fb.me/1bPCdqs. Saya sedia membantu Anda ;)
|Lis Salim @ Roslinda Salim : S-ID 1004973|

Wednesday, August 6, 2014

PERBEZAAN EPO & GLA??


~Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Kengkonon sibuk, tak sempat update blog hihihi.. Ni nak serita juga pasal Promosi GLA Complex Shaklee bulan August 2014 ni ;) Oleh kearana, tak ada sangat masanya (konon bz), saya petik & share cerita dari PM Cery, leader hebat group Shaklee besar saya. Ntah dia kenal idak dgn saya, pangkat cicit~miut~.. dah rasanya.. Tapi saya sentiasa mengagumi semua leader hebat kami ni, tak henti memberi & berkongsi. Tu lagi sebab saya teruskan usaha sikit demi sikit untuk berimpian dengan Shaklee saya ni ;) Ok apa cerita GLA Complex??

EPO GLA
GLA COMPLEX

Soalan lazim: Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee takde jual EPO?

Jawapan simple: EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO. Tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua2nya. BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Soalan yang patut Anda tanya adalah: Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Anda buat keputusan sendiri!! Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.

Lagi soalan HOT: Kenapa produk Shaklee disebut GLA COMPLEX? Kenapa tak disebut minyak borage je? 
Kerana kandungannya memang COMPLEX. Bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.

Soalan saya: Sekarang Anda boleh jawab tak samaada nak EPO atau GLA Complex??
Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak!! Jangan pening2. Saya dan rakan2 saya yang cantik2 dan jelita semuanya memilih GLA Complex ;)

Notakaki: Ingat yer, GLA Complex bukan sahaja untuk wanita. Ia juga penting untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa lelaki dan wanita.
-----
Terima Kasih Khas buat PM Cery ;)

Saya akan cerita lagi tentang bestnya GLA Complex ni di entri akan datang ya ;) Saya pun secara tak sengaja sebenarnya ambik GLA Complex ni. Sekarang dah jatuh cinta plaks dgn GLA Complex ni mengenang kegojesan hasilnya ;)

Untuk tempahan & keterangan lanjut GLA Complex Shaklee,
Sila SMS/Whatsapp 013-3439862 ATAU PM FB @ http://on.fb.me/1bPCdqs
Saya sedia membantu Anda.
LIKE FB Fan Page :  https://www.facebook.com/DNutrisi4UPageByMamaLis
|Lis Salim @ Roslinda Salim : S-ID 1004973|


Saturday, August 2, 2014

♡ Syawal 2014.. Alhamdulillah..

~Alhamdulillah.. Suka sangat Syawal 2014..

Walaupun sambutan Syawal tahun ni takda lar semeriah mana, tetap bersyukur kerana dapat juga balik ke Kedah beraya. Sehari sebelum Raya kami sampai Kedah, sempatlar juga bersahur kat Tokai (rumah mak mertua) walhal dah pun bersahur jam 1pagi sebelum sampai Ipoh. Takutkan tak sempat bersahur. Kira adil, rumah padang (Tokai) dapat bersahur, rumah taman (Simpang 4) rumah saya berbuka untuk Ramadhan terakhir tahun ni ;) Nama pun suami~isteri duk satu daerah, lain2 kampung jer kenalar gilir2 gitu.. Apapun Alhamdulillah atas nikmat yg diberinya.


1 Syawal - Seronok beraya, makan serunding mak Nah. Kuih muih macam biasa last2 nak balik baru teringin. Kuih rempeyek jer jadi feveret, satu balang dihabiskan ;) Aktiviti pagi Syawal bergambar ler.. Ok meh layan gambar japs..






Lepas ziarah Tok-Wan di Jerlun,Pak Njang, Mak Lang sekeluarga, baru gerak ke Tokai. Anak2 suka sebab di Tokai ramai kawan2, boleh main macam2, boleh dapat duit Raya katanya.. yelar umah Opah-Awan takda sapa nak kawan, kawan depa berdua ja takdak sepupu sepapat lagi.. Memang meriah di Tokai, masa ni dapat kenal yg jauh-dekat ;) Tu pun tak sempat jumpa semua..




2 Syawal - Lepas makan tengahari di Tokai, balik Taman pulak.. hihihi duk dekat lar katakan.. sat balik umah mak ni, sat balik umah mak nun :) Arinih tambah kolestrol lagi, kita makan lontong (menu Syida-Naim) & Nasi minyak ayam merah, gulai dagin.. Mujur ada Alfalfa+Omega boleh detoks terus, perangkap lemak skali.. Time Raya ni jalar boleh atoq menu dgn Mak Nah.. nama jar nak makan apa?? Mak Nah mesti tunaikan, tak pernah menghampakan.. Syang Mak Nah sebab masak sedap2 untuk kami anak branak!! Sayang Abah sebab dia lar yg pg cari semua bahan2 nak masak tu!! Pak Jang sekeluarga &Tok(tapi posa) sempat mai makan lontong ;)

3 Syawal - Ok, arinih menu I plak yg pilih, LAKSA!! hohoho Laksa Mak Nah sampai abag ipaq kata, boleh bukak kedai ni kat Shah Alam.. InSyaAllah kalau ada rezeki, teringin gaks sebnaqnya.. Sempat Mak Manis, Abg Shoeb, Kak Ida, Chik & Family mai makan laksa. Sampai ke malam tetamu mai datang makan Laksa..





4 Syawal - Kira habih menu dah, arinih mintak Mak Nah masak nasi jar, tapi lauk gulai ikan nyok nyok & sambail udang petai. Kerabu togeh tak jadi, jadi togeh goreng jar.. Alhamdulillah.. bertambah2 makan, habisler diet teman.. wuahahaha.. Takpa, nanti balik Shah Alam kita sambung balik diet naa..


Ok, meh bergambaq last2 nak balik Shah Alam dah nih.. Tahun ni balik awai, takut jeng.. hohoho


Pasaipa tak risau makan banyak? Pasaipa rilek2 ja? Pasaipa maintain senyum, bertenaga?
Pasai bawak balik Shaklee lar.. Bawak bekal Shaklee, kalah bekal kuih Raya.. Tapi puas hati tak sakit kepala lama2 sebab ada B-Complex, tak lenguh2 badan sebab ada Ostematrix, maintain happy sebab dapat cuti lama bergembira sebelum serabut kerja balik kan, dengan adanya GLA Complex, SR Vita C Plus.. Tular guna Shaklee saya. Kalau Anda nak maintain kesihatan untuk Raya Haji nanti plaks, mehlar roger2 saya bg tips nya tau ;) Raya setahun sekali, mesti lar nak senyum sampai ke gigi, happy jer takmau sakit2 hati..

~Selamat Hari Raya :: Maaf Zahir & Batin~
       Lis Salim @ Roslinda Salim
               S-Id 1004973