Sunday, September 21, 2014

TIPs :: MENGENALI KENCING MANIS & SUPLEMEN YG SESUAI

~Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sihat hendaknya Anda semua dibawah lindunganNya. Entri kali ni serius sikit ya. Berkenaan KENCING MANIS|DIABETES. Kalau antara kita dah biasa mengalami atau pernah melihat adik-beradik, saudara-mara mengalami kencing manis ni mesti tahu tanda-tanda kencing manis ni kan. Kadang terasa rindu dgn arwah Opah & Tok Ya. Kalau saya kenal Shaklee awal, mungkin dapat membantu mereka. Tapi saya redho, Allah lebih sayangi mereka. Dan untuk yg masih ada ni, jom sama2 kita ikhtiar, usaha dgn Shaklee menangani penyakit kencing manis ni. InSyaAllah...

Mengenali Kencing Manis

APA ITU KENCING MANIS|DIABETES??


Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing seseorang. Ini disebabkan glukos (gula) dalam darah tidak dapat diceranakan oleh badan disebabkan oleh sama ada kekurangan  penghasilan insulin, kurang keberkesanan isulin atau kedua-duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan. 

Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap kencing manis. Berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit kencing manis di Malaysia juga dijangka meningkat daripada 800,000 orang kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Memandangkan jumlah pengidap kencing manis sentiasa bertambah saban tahun, amatlah perlu bagi rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat permakanan agar kencing manis dapat dibendung. Ini termasuk diri Anda sendiri. Fakta: http://kebajikan-selangor.tripod.com/id22.html


KENCING MANIS
Sumber Buku rujukan Shaklee :: Langkah bijak untuk nutrisi yg baik

Tanda-tanda Kencing Manis 

  • Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  • Sering ke tandas.
  • Terasa badan lemah.
  • Berat badan turun dengan cepat
  • Penglihatan semakin kabur.
  • Terasa pening kepala. 
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.


KENCING MANIS
Gejala Kencing Manis

Golongan Berisiko Tinggi 

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik).
  • Mereka yang berat badan agak tinggi.
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada pankreas.
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Mengesan Kencing Manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.


Mengelak Kencing Manis

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.
Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

Pemakanan
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.


KENCING MANIS
Piramid Cadangan Pemakanan

Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

Penjagaan Berat Badan
Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan Diri Sendiri
Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.


KENCING MANIS
Simptom Kencing Manis

Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan
Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis. Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/

Pengambilan Suplemen Shaklee
Anda boleh hubungi saya untuk cadangan pengambilan suplemen Shaklee. Gambar di bawah disertakan fungsi utk setiap suplemen (minima) yg Anda perlukan. Lebih bagus kalau Anda dapat amalkan VIVIX. Ada testimoni yg menunjukkan bacaan kencing manis berubah ke paras normal setelah pengambilan VIVIX yg konsisten. Alhamdulillah.. Ubat doktor perlu dijarakkan jika Anda mengambil suplemen. InSyaAllah suplemen Shaklee adalah SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN. 

KENCING MANIS
Cadangan Suplemen Shaklee
 
Testimoni VIVIX
Testimoni VIVIX
Boleh juga cuba petua yg di bawah ni. INGAT, KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN & MAKANAN, LEBIHKAN MANIS DALAM SENYUMAN ;)

Petua dgn Kacang Bendi

 Untuk tempahan & keterangan lanjut mengenai SET KENCING MANIS-DIABETES & produk Shaklee,
Sila SMS/Whatsapp : 013-3439862 ATAU PM FB @ http://on.fb.me/1bPCdqs
Email : roslinda.lis.salim@gmail.com
LIKE FB Fan Page: https://www.facebook.com/DNutrisi4UPageByMamaLis
|Lis Salim @ Roslinda Salim :: S-ID 1004973|

No comments:

Post a Comment