~Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sihat hendaknya Anda semua dibawah lindunganNya. Entri kali ni serius sikit ya. Berkenaan KENCING MANIS|DIABETES. Kalau antara kita dah biasa mengalami atau pernah melihat adik-beradik, saudara-mara mengalami kencing manis ni mesti tahu tanda-tanda kencing manis ni kan. Kadang terasa rindu dgn arwah Opah & Tok Ya. Kalau saya kenal Shaklee awal, mungkin dapat membantu mereka. Tapi saya redho, Allah lebih sayangi mereka. Dan untuk yg masih ada ni, jom sama2 kita ikhtiar, usaha dgn Shaklee menangani penyakit kencing manis ni. InSyaAllah...
APA ITU KENCING MANIS|DIABETES??
Kencing manis atau diabetes
mellitus merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing
seseorang. Ini disebabkan glukos (gula) dalam darah tidak dapat
diceranakan oleh badan disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan
insulin, kurang keberkesanan isulin atau kedua-duanya sekali. Glukos yang
berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis boleh
menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis
boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah
sampingan.
Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat
tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap kencing manis. Berdasarkan
perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit kencing manis di
Malaysia juga dijangka meningkat daripada 800,000 orang kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Memandangkan jumlah pengidap
kencing manis sentiasa bertambah saban tahun, amatlah perlu bagi
rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat permakanan agar kencing manis dapat
dibendung. Ini termasuk diri Anda sendiri. Fakta: http://kebajikan-selangor.tripod.com/id22.html
![]() |
| Sumber Buku rujukan Shaklee :: Langkah bijak untuk nutrisi yg baik |
Tanda-tanda Kencing Manis
- Sering dahaga dan sering perlu minum air.
- Sering ke tandas.
- Terasa badan lemah.
- Berat badan turun dengan cepat
- Penglihatan semakin kabur.
- Terasa pening kepala.
Kadang-kala
pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan
pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat
awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan
untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.
![]() |
| Gejala Kencing Manis |
Mereka
yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
- Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik).
- Mereka yang berat badan agak tinggi.
- Mereka yang pernah mempunyai radang pada pankreas.
- Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada
semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.
Mengesan Kencing Manis
Kencing
Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat
mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh
beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana
pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan
peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang
diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk
menentukan kadar glukos mereka.
Mengelak Kencing Manis
Perubahan
cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai
kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan
puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua
keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan
kawalan permakanan yang betul.
Selain
itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut
serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan
melakukan beberapa perkara iaitu: -
Pemakanan
Ramai
berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi
walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan
lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya
dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga
seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu
seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak
melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan
dengan doktor.
![]() |
| Piramid Cadangan Pemakanan |
Senaman
Senaman
juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan
nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan
kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan
akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru
(cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3
hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh
seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.
Penjagaan Berat Badan
Telah dikenali
yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di
dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah
dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat
badan dapat dikawal.
Pemeriksaan Diri Sendiri
Seseorang
itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu
dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung
jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari
itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti
terus dijalankan.
![]() |
| Simptom Kencing Manis |
Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan
Ujian
berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan
kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis
mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1%
pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing
manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu
mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan
anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong
disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.
Pengambilan Ubat
Pengambilan
ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika
Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap
kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi
mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada
mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis. Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/
Pengambilan Suplemen Shaklee
Anda
boleh hubungi saya untuk cadangan pengambilan suplemen Shaklee. Gambar di bawah
disertakan fungsi utk setiap suplemen (minima) yg Anda perlukan. Lebih bagus
kalau Anda dapat amalkan VIVIX. Ada testimoni yg menunjukkan bacaan kencing
manis berubah ke paras normal setelah pengambilan VIVIX yg konsisten.
Alhamdulillah.. Ubat doktor perlu dijarakkan jika Anda mengambil suplemen.
InSyaAllah suplemen Shaklee adalah SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.
![]() | ||
Cadangan Suplemen Shaklee
|
Boleh juga cuba petua yg di bawah ni. INGAT, KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN & MAKANAN, LEBIHKAN MANIS DALAM SENYUMAN ;)
| Petua dgn Kacang Bendi |
Untuk
tempahan & keterangan lanjut mengenai SET KENCING MANIS-DIABETES & produk Shaklee,
Sila SMS/Whatsapp : 013-3439862 ATAU PM FB @
http://on.fb.me/1bPCdqs
Email : roslinda.lis.salim@gmail.com
LIKE FB Fan Page: https://www.facebook.com/DNutrisi4UPageByMamaLis








